
|
Kasut Tumit Tinggi
Sunday, 21 February 2016 • 23:20 • 0 comments
Keburukan kasut bertumit tinggi
1. Kasut bertumit tinggi membawa kemudaratan kepada struktur tapak kaki.
Terdapat tiga bahagian tapak kaki yang menyokong berat badan kita
apabila berjalan. Dua di bahagian depan tapak kaki dan satu di belakang
tapak kaki. Sentiasa memakai kasut bertumit tinggi boleh menyebabkan
sakit kaki. Apabila kita memakai kasut bertumit tinggi, semua berat
badan kita akan tertumpu ke hadapan kaki kita dan kemudian menyebabkan
hanya dua bahagian tapak kaki untuk menyokong berat badan kita. Dan
apabila tumit menjadi lebih tinggi dan lebih tinggi, ia akan menyebabkan
hanya satu bahagian yang menyokong semua berat badan yang boleh
menyebabkan berlaku artritis lutut jika kita memakai kasut bertumit
tinggi untuk jangka masa yang terlalu lama.
2.Memakai kasut bertumit tinggi juga boleh menyebabkan kita mudah
mendapat kecederaan di buku lali, hammer-toe atau bunions jika tidak
memakai kasut yang selesa dan sesuai, dan jika kasut tersebut tidak
menyokong buku lali pemakai ia boleh mengakibatkan pemakai senang
terpiuh dan terseliuh.
3.Kasut tumit tinggi boleh mendatangkan kemudaratan pada tulang
belakang. Apabila kita memakai kasut bertumit tinggi, ia membuatkan kita
untuk lebih ke posisi hadapan, ini akan posisi normal tulang belakang
terganggu dan mengakibatkan sakit belakang dan juga masalah saraf
tunjang boleh tertekan dan menyebabkan, rasa kesemutan dan kebas.
4.Satu kelemahan kasut bertumit tinggi ialah ia tidak boleh digunakan di atas tanah lembut, basah ataupun pada permukaan licin. memakai kasut tumit tinggi dan berjalan atas tanah yang lembut hanya akan meyebabkan anda sukar mengimbang badan. Berjalan atas lantai yang licin seperti marmar atau bilik mandi berjubin akan menjadi sukar dan boleh menyebabkan pemakai tergelincir jatuh. Ini akan meletakkan anda dalam satu situasi bahaya apabila hujan atau jika anda perlu berjalan di luar untuk ke teksi, di mana laluan berjalan licin.
5.Satu lagi kelemahan kasut bertumit tinggi adalah tidak tahan lasak
berbanding kasut rata kerana tumit tersebut boleh patah jika pemakai
berjalan dengan cepat atau turun tangga. Ini adalah kerana bahawa berat
tertumpu pada tumit dan bukannya tersebar pada keseluruh tapak kasut
tidak seperti kasut bertumit rata.
Risiko lain apabila memakai kasut bertumit tinggi
Jejaskan peluang untuk dapat anak
Punca rambut gugur Kasut tumit berukuran 12.7 sentimeter boleh jejaskan organ dalaman dan kesuburan wanita Sebabkan leher, lutut, sendi, tulang belakang, bahu menjadi sakit Boleh sebabkan pening kepala, gangguan haid
|
|