Both Of Us
Rhesus Factor
Sunday, 21 February 2016 • 23:12 • 0 comments

Dalam artikel ini saya akan ceritakan kepentingan faktor rhesus kepada ibu mengandung


Faktor Rhesus


Dalam istilah perubatan, terdapat jenis darah seperti darah A+, A-, B+, B-, AB+, AB-, O+ dan O- . Simbol (+) dan (-) menunjukkan jenis rhesus yang dimiliki oleh seseorang individu. Masalah yang kadangkala timbul dikalangan ibu mengandung apabila bayi yang dikandung mempunyai darah rhesus positif manakala ibu mempunyai darah rhesus negatif dan sebaliknya.

Masalah tidak menjadi sangat kritikal pada kelahiran yang pertama. Namun, pada kelahiran yang seterusnya, nyawa kandungan mungkin boleh terancam.

Pada Kelahiran Pertama

Placenta’ yang menyambungkan antara si janin (bayi di dalam kandungan) dengan si ibu akan dicabut (bertujuan untuk membawa bayi itu keluar dari rahim ibunya). Lantas akan menyebabkan saluran darah rahim (uterine vessel) si ibu terkoyak sedikit. Yang kemudian akan menyebabkan darah si janin bercampur dengan darah si ibu tadi.


Percanggahan yang berbeza (contra) antara darah POSITIF janin dan darah NEGATIF ibu ini akan merangsang sistem imuniti si ibu untuk menghasilkan sejenis antibody bernama ‘anti-Rh’.
 Dan seterusnya jumlah penghasilan ‘Anti-Rh’ ini akan meningkat hari demi hari sehingga mencapai kepada tahap tertingginya.


Namun apabila si ibu mengandung buat kali KEDUANYA bersama-sama kandungan yang berdarah POSITIF,’anti-Rh’ yang sudah terhasil tadi akan mula bertindak balas terhadap darah si janin (bayi di dalam kandungan kedua) ini lantas akan menyebabkan berlakunya PENGGUMPALAN DARAH BAGI SI JANIN INI...



Masalah ini seterusnya akan menyebabkan pembekalan segala vitamin dan mineral yang diperlukan oleh janin ini (melalui tali pusat si ibu) tersumbat...

Bekalan oksigen untuk janin ini juga akan turut tersumbat...

Lantaran daripada itu,akan timbul pelbagai lagi masalah/komplikasi kepada si janin ini...



Tindak balas yang lebih teruk lagi akan menyebabkan kebarangkalian BESAR untuk si janin ini MATI!

Dan andai si janin ini berjaya untuk dilahirkan sekalipun,ia akan hidup dengan menghidapi beberapa masalah yang berkaitan dengan ‘erythroblastosis fetalis’ !!


Dan masalah yang sama akan turut berlaku bagi kandungan-kandungan seterusnya...

Masalah seperti ini dapat diatasi dengan menyuntik ibu yang mempunyai rhesus (+) @ (-) dengan anti-Rh serum’ (anti-RhD immunoglobin)
 ‘Anti-Rh serum’ ini berfungsi untuk me’neutral’kan ‘antigen Rh D’ yang terkandung dalam darah si bayi ini tadi lantas menyebabkan sistem imuniti si ibu TIDAK TERANGSANG untuk menghasilkan apa-apa jua bentuk ‘anti-Rh D’...

*Masalah-masalah yang dinyatakan di atas hanya akan berlaku bagi pasangan suami berdarah positif & isteri berdarah negatif. Untuk selain daripada itu;

-suami berdarah positif,isteri berdarah positif

-suami berdarah negatif,isteri berdarah negatif
-suami berdarah negatif,isteri berdarah positif











Welcome to my blog . Please navigate around happily. And follow me if you like to ;> Don't forget to leave your footsteps so I can visit you back ;3 bold italic underline strike

Diary About Link Stuff


Put your cbox code here ! :)


Template By: Umi Humaira
Big helped: Wana
Owner: YOUR NAME