
|
Kasut Tumit Tinggi
Sunday, 21 February 2016 • 23:20 • 0 comments
Keburukan kasut bertumit tinggi
1. Kasut bertumit tinggi membawa kemudaratan kepada struktur tapak kaki.
Terdapat tiga bahagian tapak kaki yang menyokong berat badan kita
apabila berjalan. Dua di bahagian depan tapak kaki dan satu di belakang
tapak kaki. Sentiasa memakai kasut bertumit tinggi boleh menyebabkan
sakit kaki. Apabila kita memakai kasut bertumit tinggi, semua berat
badan kita akan tertumpu ke hadapan kaki kita dan kemudian menyebabkan
hanya dua bahagian tapak kaki untuk menyokong berat badan kita. Dan
apabila tumit menjadi lebih tinggi dan lebih tinggi, ia akan menyebabkan
hanya satu bahagian yang menyokong semua berat badan yang boleh
menyebabkan berlaku artritis lutut jika kita memakai kasut bertumit
tinggi untuk jangka masa yang terlalu lama.
2.Memakai kasut bertumit tinggi juga boleh menyebabkan kita mudah
mendapat kecederaan di buku lali, hammer-toe atau bunions jika tidak
memakai kasut yang selesa dan sesuai, dan jika kasut tersebut tidak
menyokong buku lali pemakai ia boleh mengakibatkan pemakai senang
terpiuh dan terseliuh.
3.Kasut tumit tinggi boleh mendatangkan kemudaratan pada tulang
belakang. Apabila kita memakai kasut bertumit tinggi, ia membuatkan kita
untuk lebih ke posisi hadapan, ini akan posisi normal tulang belakang
terganggu dan mengakibatkan sakit belakang dan juga masalah saraf
tunjang boleh tertekan dan menyebabkan, rasa kesemutan dan kebas.
4.Satu kelemahan kasut bertumit tinggi ialah ia tidak boleh digunakan di atas tanah lembut, basah ataupun pada permukaan licin. memakai kasut tumit tinggi dan berjalan atas tanah yang lembut hanya akan meyebabkan anda sukar mengimbang badan. Berjalan atas lantai yang licin seperti marmar atau bilik mandi berjubin akan menjadi sukar dan boleh menyebabkan pemakai tergelincir jatuh. Ini akan meletakkan anda dalam satu situasi bahaya apabila hujan atau jika anda perlu berjalan di luar untuk ke teksi, di mana laluan berjalan licin.
5.Satu lagi kelemahan kasut bertumit tinggi adalah tidak tahan lasak
berbanding kasut rata kerana tumit tersebut boleh patah jika pemakai
berjalan dengan cepat atau turun tangga. Ini adalah kerana bahawa berat
tertumpu pada tumit dan bukannya tersebar pada keseluruh tapak kasut
tidak seperti kasut bertumit rata.
Risiko lain apabila memakai kasut bertumit tinggi
Jejaskan peluang untuk dapat anak
Punca rambut gugur Kasut tumit berukuran 12.7 sentimeter boleh jejaskan organ dalaman dan kesuburan wanita Sebabkan leher, lutut, sendi, tulang belakang, bahu menjadi sakit Boleh sebabkan pening kepala, gangguan haid Keburukan GMO
• 23:17 • 0 comments
CARA MENGHINDARI DARI PRODUK GMO Rhesus Factor
• 23:12 • 0 comments
Dalam artikel ini saya akan ceritakan kepentingan faktor rhesus kepada ibu mengandung
Faktor Rhesus
Dalam istilah perubatan, terdapat jenis darah seperti darah A+, A-, B+, B-, AB+, AB-, O+ dan O- . Simbol (+) dan (-) menunjukkan jenis rhesus yang dimiliki oleh seseorang individu. Masalah yang kadangkala timbul dikalangan ibu mengandung apabila bayi yang dikandung mempunyai darah rhesus positif manakala ibu mempunyai darah rhesus negatif dan sebaliknya.
Masalah tidak menjadi sangat kritikal pada kelahiran yang pertama. Namun, pada kelahiran yang seterusnya, nyawa kandungan mungkin boleh terancam.
Pada Kelahiran Pertama
Placenta’
yang menyambungkan antara si janin (bayi di dalam kandungan) dengan si ibu akan
dicabut (bertujuan untuk membawa bayi itu keluar dari rahim ibunya). Lantas
akan menyebabkan saluran darah rahim (uterine vessel) si ibu terkoyak
sedikit. Yang
kemudian akan menyebabkan darah si janin bercampur dengan darah si ibu tadi.
Percanggahan
yang berbeza (contra) antara darah POSITIF janin
dan darah NEGATIF ibu ini akan merangsang sistem imuniti si ibu
untuk menghasilkan sejenis antibody bernama ‘anti-Rh’.
Dan
seterusnya jumlah penghasilan ‘Anti-Rh’ ini akan meningkat hari
demi hari sehingga mencapai kepada tahap tertingginya.
Namun apabila si ibu
mengandung buat kali KEDUANYA bersama-sama kandungan yang berdarah
POSITIF,’anti-Rh’ yang sudah terhasil tadi akan mula bertindak balas terhadap
darah si janin (bayi di dalam kandungan kedua) ini lantas akan menyebabkan
berlakunya PENGGUMPALAN DARAH BAGI SI JANIN INI...
Masalah ini seterusnya akan
menyebabkan pembekalan segala vitamin dan mineral yang diperlukan oleh janin
ini (melalui tali pusat si ibu) tersumbat...
Bekalan oksigen untuk janin
ini juga akan turut tersumbat...
Lantaran daripada itu,akan
timbul pelbagai lagi masalah/komplikasi kepada si janin ini...
Tindak balas yang lebih teruk
lagi akan menyebabkan kebarangkalian BESAR untuk si janin ini MATI!
Dan andai si janin ini
berjaya untuk dilahirkan sekalipun,ia akan hidup dengan menghidapi beberapa
masalah yang berkaitan dengan ‘erythroblastosis fetalis’ !!
Masalah seperti ini dapat diatasi dengan menyuntik ibu yang mempunyai rhesus (+) @ (-) dengan anti-Rh serum’ (anti-RhD immunoglobin)
‘Anti-Rh serum’
ini berfungsi untuk me’neutral’kan ‘antigen Rh D’ yang terkandung dalam
darah si bayi ini tadi lantas menyebabkan sistem imuniti si ibu TIDAK
TERANGSANG untuk menghasilkan apa-apa jua bentuk ‘anti-Rh D’...
*Masalah-masalah yang
dinyatakan di atas hanya akan berlaku bagi pasangan suami berdarah positif & isteri berdarah
negatif. Untuk selain daripada itu;
-suami berdarah
positif,isteri berdarah positif
-suami berdarah
negatif,isteri berdarah negatif
-suami berdarah
negatif,isteri berdarah positif
|
|